RAHMAT UJIAN.....
Dalam derita ada bahgia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma Itu jelas nak membuktikan Allah mengasihimu setiap masa Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....
Segala ujian diberi maka bersyukurlah selalu..
''dan BERJIHADlah kamu di jalan Allah yg sebenar-benarnya. DIA telah memilih kamu, dan DIA tidak menjadikan kesukaran untukmu dlm AGAMA..''
al-Hajj:78
''apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tak lagi di UJI..''
al-Ankabut:2
''boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. ALLAH maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..''
al-Baqarah:216
''apakah kamu mngira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu CUBAAN sebagaimana halnya org2 terdahulu sebelum kamu?mereka di timpa malapetaka dan kesengsaraan serta di goncangkan dgn bermacam2 cubaan sehingga berkata Rasul dan org beriman bersamanya,bilakah dtgnya pertolongan Allah?ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat..''
al-Baqarah:214
''Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk utk kami(dlm menyelesaikan) urusan kami..''
al-Kahf:10
''sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yg membuat kebaikan..''
al-Araf:56
''dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bencana kepadamu, maka tidak ada yg dapat menghilangkannya kecuali DIA. dan jika ALLAH menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yg dpt menolak kurniaannya. DIA memberi kebaikan kpd sesiapa saja yg di kendaki di antara hamba-hambanya. DIA maha pengampun dan maha penyayang..''
Yunus:107
''dan BERSABARlah, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyia-nyiakan pahala org yg berbuat kebaikan..''
Hud:115
''dan dialah yang menjadikan malam untukmu sebagai pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan DIA menjadikan siang untuk bangkit BERUSAHA..''
al-Furqan:47
''dan BERTAWAKALlah kepada ALLAH yang hidup, yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-NYA. dan cukuplah DIA mengetahui dosa hamba2-NYA..''
al-Furqan:58
''ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..''
al-Baqarah:286
''ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba2-Mu yang soleh.."
an-Naml:19
''dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keriedhaan) kami, kami akan tunjukan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik..''
al-Ankabut:69
''dan bertawakallah kepada ALLAH. Dan cukuplah ALLAH sebagai pemelihara..'
' Al-Ahzab:3
''dan apa sahaja yang kamu infakkan, ALLAH akan menggantikannya dan DIAlah pemberi rezeki yang terbaik..''
Saba':39
''dan barang siapa yang di beri petunjuk oleh ALLAH, maka tidak seorang pun dapat menyesatkannya..''
az-Zumar:37
"Jika Allah menolong kamu, maka tiada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan), maka siapa yg dpt menolong kamu setelah itu? kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang2 mukmin bertawakkal"
Al-Imran : 160
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah (melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya), nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya). serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. dan ingatlah sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka Allah akan cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya sesuatu. "
At-Thalaaq: 2-3
No comments:
Post a Comment
Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...