"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman. (Ali-'Imran:139)
Monday, June 24, 2013
Kerana KAU KEKASIH ABADIKU...
Di saat airmata ini ingin mengalir...
Biarkanlah ianya mengalir hanya keranaMu ya Allah..
Di saat hati ini rapuh...
Kuatkanlah ianya dengan peringatan dariMu ya Allah
Melalui kalamMu yang tidak pernah berdusta...
Saat aku kesunyian sendirian..
Engkaulah teman paling hampir...
Yang dapat ku adukan segala resah hati kecilku....
Di saat aku kelelahan kerana kelemahan diri..
Yang tak mampu aku atasi..
Kau setia mengingatkan aku bahawasanya
Segalanya adalah kekuasaanMu
Dan bukan kekuasaan aku..
Aku hanya berusaha dan Kau yang menentukan segalanya...
Kerana segala-galanya tertakluk pada kehendakMu jua...
Dan biarkan air mata ini terus mengalir membasahi sejadah iman..
Agar aku sedar Kau adalah teman sejati tika suka dan dukaku...
Kerana KAU KEKASIH ABADIKU...
ALLAH HU RABBI....INNAMA ASYKU BASSI WA HUZNI ILA ALLAH...
Yakin dengan jaminan dan janji Tuhan.
Bukan menafikan usaha..namun setiap usaha disandarkan untuk mendapatkan keredaan ALLAH..
Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH sentiasa bersamanya..
Mempercayai jaminan Tuhan dan meyakini kebenaran janji-Nya.. Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkan Tuhan.
Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...