DIMANAKAH DIA DI HATIKU
Fitrah jiwa.
Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula...... Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku.
Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu.
Oleh nukilan dari hati....
Kalau benar rindu mahupun cinta itu iklas dan setia, Kita pasti lh meniti titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
walau pun pergi tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu.....
Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.....
Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya.
Ya Allah,
Ingatkanlah diri ini bahawa daku menumpang dibumiMu, menumpang kasihMu, menumpang ehsanMu, menumpang rahmatMu maka jadikanlah daku ini sentiasa mensyukuri segalanya. Wahai Allah Ya Roob hampirilah hati ini, berilah cinta kasihMu agar ku sentiasa bersedia tunaikan amarmakruf dan nahimungkar. Pilihlan daku dalam rombongan ke syurgaMu.
Tiada nikmat terbesar selain nikmat Islam dan iman.
Moga Allah sentiasa pertemukan kita di sini dan di sana kelak. Amin.
Sentuhan pengisian ini sebagai bekalan dalam perjalanan yang panjang ini.
“ Marilah kita memulakan perjalanan kita dengan membuka hati. Bukalah pintu hatimu wahai jiwa agar dimasuki oleh keimanan.”
No comments:
Post a Comment
Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...