Friday, June 28, 2013

Aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
 kerana aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
 kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
 kerana aku tentunya ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
 dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
 Aku ingin bergelar solehah...

  Ingin bergelar S0LEHAH..kuatkanlah semangat...memang susah untuk kita berubah daripada JAHAT KE BAIK..tapi ingat..sejahat mana kita...insyaALLAH..NIAT kita baik.. kerana"LILAHITAALA"..insyaALLAH..ALLAH akan menolong kita..ingat..ALLAH ITU TAK PERNAH TIDO...berd0a lah selalu... :) Saya tak kata yang saya dah cukup bagus dengan post2 bende camnim.. saya cuma ingin berkongsi bersama.. " :) " Yg baik itu datang daripada ALLAH S.W.T..yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri..."WALLAHU'ALAM"



 
Teman2...saya sekadar p0st utk kita share bersama...sama ada koranng nak bace ke tak..... terpulang kepada kamu semua....saya tak paksa.. yang baik itu dikongsikan bersama..yang buruk itu...kite buang jauh2..oke..:) Tapi walau macam2 ada mana sklip0m..hendaklah kita mencari sesuatu yg berfaedah..lagi bermanfaat... . wallahu'alam..<3


INGAT JANJI ALLAH ITU PASTI ADA..YANG MENJANJIKAN KEPADA KITA SEMUA..:


No comments:

Post a Comment

Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...