Bismillahirrahmanirrahim..~
Alhamdulillah... ku panjat kesyukuran pada Ilahi, masih dapatku jelajahi keindahan alam ini dengan penuh senyuman dibibir.. berkongsi suka duka dalam kehidupan yang kadang kala ada kemanisan dan kepahitan yang terpaksa ditelan...
Dan apabila hati berbicara.................Adakah bicaranya tentang dosa, pahala atau sebaliknya. Hati yang kerap sedih adalah kerana hati itu selalu tidak bersama Allah. Masalah hati berpunca dari dalam hati kita. hati yang merindui Ilahi meronta-ronta untuk tenang dengan mengingati Allah. Masalah hati disebabkan kita tidak bersama Allah, itulah kuncinya. Maka marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dengan hati yang penuh kecintaan kepadaNya.
Ku mahu menjadi manusia biasa yang punya dan menjalani kehidupan seperti manusia lain, moga Allah memberi aku kekuatan. Mungkin manusia lain anggap aku belum cukup sempurna, tak habis-habis diriku diuji. Cukuplah aku sempurna dimata Mu ya Allah, kerana Kau yang mencipta diriku. Masa lepas aku telah mengetahui dan melaluinya, masa depan aku tak tahu bagaimana, yang ku ada kini masa sekarang. Seronoknya aku berbicara dengan Mu ya Allah, kerna Kau mahu mendengar ku tanpa menilai. Ya Allah bantulah aku merancang masa ku kini, moga masa hadapan ku membuahkan kebahagiaan dan kesejahteraan. Ya Allah, Kau pelihara dan lindungilah diriku ini, serta rahmati aku. Sesungguhnya Kau maha mengetahui segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Sejujurnya, ku bukan arif berbual tentang politik atau pun bola, ku selalu menganggu mu dgn mencelah, ku buat begitu agar ku dekat padamu. Untuk berbual tentang kasih sayang, mungkin orang lelaki tak suka, kerana ia begitu sentimental. Maaf, jika ku menganggu…
Jodoh itu adalah rahsia Allah, dengan siapa kita bertemu, bercinta dan berkahwin diluar kemampuan manusia. Ada perkahwinan yang berpanjangan hinggga kehujung nyawa dan ada yang terkandas ditengah jalan, walau apapun kesudahannya ia tetap ada hikmah. Jodoh kita ditentukan Allah, dan Dia memberi jodoh pada manusia bukan berdasarkan darjat, kekayaan, kaum atau pendidikan serta pangkat. Kaya, bijak, tinggi dan cantik bukunlah ukuran pada perkahwinan yang bahagia, konsep bahagia itu luas.
Aku sentiasa berdoa agar perkahwinan ini lebih indah, bahagia dan cemerlang…
“Rindu itu seindah pelangi, berbagai warna penuh berseri…” tapi mengapa rindu itu seindah pelangi? Sewaktu kecil dulu aku tak pernah melukis pelangi, dalam setiap lukisan ku tak ada gambar pelangi. aku suka melukis benda yang berada disekeliling ku, yang wujud, boleh dilihat selalu, yang boleh dirasa dan boleh disentuh. Pelangi boleh dilihat, namun hanya seketika saja, kemudian ia hilang, kewujudan nya tidak selalu. Ramai orang suka melihat pelangi termasuk aku, tapi tak tahu bagaimana untuk mencari dan mendapatkan nya. Ia hadir tanpa kita sedari, dan hilang tanpa dikesan. Mungkin sebab itu aku tak suka melukis pelangi. Ada kisah dongeng yang aku dengar masa kanak-kanak dulu, jika orang dapat mencari hujung pelangi, maka orang itu akan menemui harta karun. Tapi bagaimana nak cari hujung pelangi, jika pangkalnya juga tak boleh ditemui. Jadi biarlah merindu pada yang ada…
Rindu itu seindah pelangi,
Berbagai warna penuh berseri.
Cintaku pada yang hakiki,
Hanya Allah saja di sanubari.
Layakkah aku untuk beriringan menuju ke jannah bersamamu wahai Mujahid Agama...
FATIMAH SYARHA
??- JaDiLaH GaDiS BaiK SeSuCi MaRiaM ?? – JaDiLaH WaNiTa FaQiHaH SeBiJaK aiSYaH ?? – JaDiLaH PeReMPuaN SeTaBaH aSiaH ?? – JaDiLaH SeRiKaNDi SeHeBaT SuMaYYaH ?? – JaDiLaH iNSaN SeMuLia aKHLaK RaBiaTuL aDaWiYaH ?? – JaDiLaH iSTeRi SoLeHaH SeTuLuS KaSiH KHaDiJaH ?? – JaDiLaH aNaK YaNG SeaNGGuN HaTi FaTiMaH..
No comments:
Post a Comment
Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...