Saturday, June 29, 2013

RINDU ADALAH ANUGERAH

Mustahil anda tidak ada rasa rindu.... 

Bukankah rindu itu satu anugerah daripada Allah..?

 

 

Sesungguhnya rindu itu adalah satu Anugerah yang Allah berikan kepada hambaNya..
Rindu pada kedamaian.. rindu pada ketenangan... rindu kan kesejateraan.. dan juga kebahagiaan... malah rindu kepada manusia juga merupakan satu fitrah semulajadi yang Allah kurniakan pada setiap manusia..

DIMANAKAH DIA DI HATIKU

 

Fitrah jiwa. 

Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula...... Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku.

Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. 

Oleh nukilan dari hati....

.::KERANA KAMU ::.

Dengan Nama Allah Ar Rahman Ar RAhim... 

Kerana kamu ... aku sering tersenyum, terkadang marah menguasai, serius seketika buat penawar hati, tetapi tertawa kemudiannya ... tika sepi engkau menjelma, tika keseorangan engkau muncul menjadi teman, tapi, itu hanya seketika, kerana masih ada yang lebih memerlukan ... kerana kamu... datang tanpa menjemput, pergi tanpa di suruh, dalam sunyi, dalam sepi, hati kecil ini merindui, 

 " tingkahlaku mu menghiburkan, tiada lakonan darimu, membuatkan aku ingin berdamping denganmu, walau ia tak mungkin berlaku

Bukan aku lemah tanpa kamu...tapi aku tak mampu lupa kan kamu walau dalam sesaat..entah jampi apa yang kamu bagi pada aku ni...tipu la kalau aku kata aku tak rindu pada kamu...bohonglah kalau aku kata dah lupa kan kamu...aku tau, kamu pasti tahu kan macam mana...

 

Ya Allah, 
 Permudahkan hubungan ini.. jauhkan la segalanya tentang dia dari hidupku...berikan aku petunjukMu kerana hati ini terlalu kuat untuk dia


awak, ...minta maaf banyak2

ini hanya sekadar luahan dari hati ku

awak jaga diri baik2


Friday, June 28, 2013

HATI OH HATI~hanya satu

Dengan Nama Allah Ar Rahman Ar RAhim...

 Alhamdulillah... ku panjat kesyukuran pada Ilahi, masih dapatku jelajahi keindahan alam ini dengan penuh senyuman dibibir.. berkongsi suka duka dalam kehidupan yang kadang kala ada kemanisan dan kepahitan yg terpaksa ditelan....

Aku sentiasa tangisi pelbagai kedukaan & kekecewaan yg dialami dalam diri ini…Aku binggung dengan kehidupan ku.. jiwa ku sekarang kepada ukhrawi..bukan duniawi.. sekarang sudah tiba masa utk aku berubah segala-gala nya…dek pakaian..dek perbuatan.. aku dah tak sanggup hidup dalam konco2 kemaksiatan..kehinaan..aku menginginkan kasih dari ILLAHI… Aku mendambakan SYURGA ILLAHI.. mungkin disini aku  mengatakan..aku tidak layak mendapatkaNYA..aku tidak layak bermujahadah keranaNYA..kerana aku tidak sempurna ..aku cuma berlagak baguss..

SABAR ITU INDAH

Jika langit hendak runtuh

Bagaimana jari hendak menahannya

kita hamba yg dibatasi takdir

Disitulah noktah segala tadbir

Hitungkan lautan kesyukuran

Di pinggir pantai kesabaran

Carilah hikmah tuailah iktibar

Sabarlah dalam BERSABAR

Betapa pun terasa pahit

Janganlah hendaknya tercalar tauhid

Sesungguhnya sabar itu INDAH

Aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
 kerana aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
 kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
 kerana aku tentunya ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
 dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
 Aku ingin bergelar solehah...

  Ingin bergelar S0LEHAH..kuatkanlah semangat...memang susah untuk kita berubah daripada JAHAT KE BAIK..tapi ingat..sejahat mana kita...insyaALLAH..NIAT kita baik.. kerana"LILAHITAALA"..insyaALLAH..ALLAH akan menolong kita..ingat..ALLAH ITU TAK PERNAH TIDO...berd0a lah selalu... :) Saya tak kata yang saya dah cukup bagus dengan post2 bende camnim.. saya cuma ingin berkongsi bersama.. " :) " Yg baik itu datang daripada ALLAH S.W.T..yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri..."WALLAHU'ALAM"



 
Teman2...saya sekadar p0st utk kita share bersama...sama ada koranng nak bace ke tak..... terpulang kepada kamu semua....saya tak paksa.. yang baik itu dikongsikan bersama..yang buruk itu...kite buang jauh2..oke..:) Tapi walau macam2 ada mana sklip0m..hendaklah kita mencari sesuatu yg berfaedah..lagi bermanfaat... . wallahu'alam..<3


INGAT JANJI ALLAH ITU PASTI ADA..YANG MENJANJIKAN KEPADA KITA SEMUA..:


AKU INGIN SEMPURNA DIMATAMU

 

 Aku mungkin bukan TEMAN HIDUP yg terbaik buat mu..

Tapi..aku ikhlas menyayangimu…

Aku mungkin bukan cinta yg pertama bagi mu..

Tapi bagi ku..kaulah cintaku…mungkin yang pertama…dan mungkin yg terakhir..

Dulu…Ak menangisi setiap kelukaan d hati..

Mungkin kau tidak pernah tahu..

Tapi..setiap kali aku lukakan hati mu..setiap kali hatiku terluka..

Aku seorang perempuan yg hina…hina dimatamu..hina lagi di mata

ALLAH…hidupku…umpama hidupmu..tanpamu..hilang semangatku..

Tapi kini…perasaan tuu semakin jauh..jauh…dari sudut hatiku…

Tapi tak bermakna aku sudah tak menyayangimu…tapi tak bermakna ......

Aku terpaksa..kerana aku sedar..aku tak layak berada disampingmu…aku tak layak

menyayangimu..

Walaupon  sebegini…

Dan aku akan terus menyayangimu…tanpa kata2,tanpa perbuatan..

Hanya dgn satu hati KECIL yg tulus menyayangimu hingga kehujung nyawaku……………

kehadiran ku bukan utk menyakiti sapa2...kemunculan ku bukan utk menyakiti hati

sapa2..tapi ku cuma ikut yg dtakdirkan..bukan kehendak ku terima qodho&qodha: andai yg

menyingung dgn kata2 aku mintak maaf..aku tak berani nak berkata berhadapan..

aku mintak maaf sgt2..insyaALLAH..diizinkan oleh ALLAH..aku akan memperbetulkan

sume tuu..:'( ♥

Wednesday, June 26, 2013

Laman Muka Buku




Kita berkenalan hanya dari laman muka buku.
ok.
~ najwa latiff~
hehe.

Time cenggihni la nak berkenalan
Nak berkenalan tak payah kira masa
Bukan ke setiap muslim itu bersaudara
;)

Nak di jadikan cerita
Scroll scroll dinding mukabuku tu.
Nak reply sebenarnya:"Kawan je k,kk!!!"

Tapi...

Boleh tak kalo kite berkawan...hrmm sampai bila2..???
Saya selesa berkawan dengan awak...
Memang benar urusan hati di atur oleh Allah
Memang pelik mengapa tiba-tiba kita merasa rindu pada seseorang sedangkan dulu tak pernah rasa debaran rindu tersebut kerana rasa rindu itu adalah  anugerah dari Allah.... alangkah indahnya rindu itu sebaik cara yang disarankan agama bukan kerana nafsu semata-mata.

Hrmm...Rasanya lah..kalo awak pegi lepas ni ...sunyi ,sedih,sebab kehilangan sahabat seperti awak.Mungkin tak ada lagi orang yg kisahkan macam awak sebab saya tak ramai kawan macam awak...macam orang lain,awak tak tau hidup saya sebenarnya dan saya rasa awak tak perlu tau itu semua.Awak jangan tanya saya tau....saya percaya awak ...Boleh kan!!!!

Moga kita merasa nikmat rindu sesama kita walau tak menyangka sayang  yang hadir secara tiba-tiba itu akan mengubah takdir kita. Mungkin  kita berusaha menjadi insan yang lebih penyabar. Mungkin dulu kita seorang hamba Allah yang lalai dan leka dengan perintah Allah,dan berusaha jadi insan yang patuh pada perintah Allah untuk menjadi seorang pencinta yang taat pada perintah Allah untuk mendapat kebahagiaan yang kekal abadi…amin.

Menerima kekurangan dan saling melengkapi kekurangan itu adalah sesuatu yang sangat indah dalam perhubungan .... Andai kita hanya menerima kelebihan dia tanpa menerima kekurangan maka pincanglah perhubungan itu. Saling melengkapi dan bertolak ansur akan mengajar kita erti memberi dan menerima. Andai mahukan sesuatu yang bagus dan baik berilah sesuatu yang bagus dan baik kelak kita akan dapat pulangannya samaada cepat ataupun lambat...knkn

Moga kita dan pasangan saling lengkap melengkapi untuk mencapai kebahagiaan yang abadi, insya Allah.






Baik.
Nampak tak...!!!
Kesan dunia maya .
*opss!
heh.
fine laa.

oh tak......
!Berkawan biar seribu
....Berkasih biar DIA saja. ;)

Tuesday, June 25, 2013

Kerana Aku wanita itu


Aku bangga,bahagia dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita.Kerana Allah telah meletakkan aku ditempat yg paling mulia disisi agama syumul ini. Walaupun banyak dugaan yg telah aku lalui dalam hidup,tapi aku faham bahawa Allah itu menyayangi hambaNya.Dia nak uji hambaNya.Hidup ini sememangnya memerlukan cabaran kerana cabaran itu boleh menjadikan aku lebih matang tentang hidup....






Aku bukan yg terbaik tapi ingin menjadi yg terbaik kerana Allah,mungkin aku tidak layak mimpikan SURGA tapi itulah harapan dan IMPIANKU.
Setiap orang ada impian dan harapan dan hidup ini lebih indah jika kita sentiasa belajar untuk menjadi yg lebih baik dalam mencapai redha Ilahi.

Kita sebagai insan biasa tidak sempurna ,sentisa buat salah dan pernah khilaf.
Jika kita tersasar dari landasan yg kita lalui cepat2lah tersedar kerana takut nanti kalau sudah tersasar jauh dan sukar berpatah balik lagi....


    

Lukisan Alam Hijjaz 

 Jadilah rumput nan lemah-lembut

Tak luruh di pukul ribut,

Bagai karang di dasar lautan

Tak terusik dilanda badai

 

Rahmat Ujian

RAHMAT UJIAN.....

Dalam derita ada bahgia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu tak siapa pinta ujian bertamu
 Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
 Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma Itu jelas nak membuktikan Allah mengasihimu setiap masa Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
 Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....
Segala ujian diberi maka bersyukurlah selalu..




Tuhanku,Terlalu Banyaknya Dosa-Dosaku


 Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu, dan kami beriman dengannya, dan kami bertawakkal kepada MU, dan kami menyanjung kepada MU dengan kebaikan dan kami tidak mengkufurkanMu. Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah, dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud, untuk Mu kami berusaha. Kami mengharapkan rahmat daripada Mu dan kami takutkan azab Mu. Sesungguhnya azab Mu yang berat sudah pasti terhadap orang kuffar. Ya Allah azablah orang kuffar yang menghalangi jalanMu.
Dalam suka duka, mengenang dosa-dosa semalam. Hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diri. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir.
Mencari Tuhan, mengingati Tuhan, menyebut-nyebut nama-Nya. Menghadirkan rasa bertuhan agar menyentap sanubari.
"Ya Allah,hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu. Terlalu banyak dosa."

Monday, June 24, 2013

Tips Cantik Menawan yang sebenarnya…!!!!



 Bismillahirrahmanirrahim ~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Segala puji-pujian hanya Untuk Allah,Tuhan pencipta alam semesta,Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,Yang memiliki hari kemudian.......
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah ... Bertemu lagi kita pada saat ini ....
Alhamdulillah , masih bernyawa saat ini . ...
Alhamdulillah , jari jemari ini masih boleh di gunakan dengan sempurna untuk menaip setiap perkataan di blog ini . Besar harapan diri ini agar ada manfaat untuk semua . Semoga Allah sentiasa mengikhlaskan hati ini dan menjauhi diri ini dari sifat riak dan takabur . Ya Allah , hanya padaMu aku percaya , jagalah hati ini agar sentiasa berada di landasanMu .

Alhamdulillah , tergerak hati untuk bercerita mengenai kecantikan dengan wanita,memang tak dinafikan lagi bahawa wanita itu mahu cantik??? Tampil menawan, disukai banyak orang, apalagi menjadi icon kecantikan saat wanita diseluruh dunia bercermin pada kecantikan miliknya. Bagi wanita, cantik itu mahal. Sehingga mereka rela menghabiskan wang untuk tampil menawan… 

Bagaimana dengan mereka yang tidak cantik dan tidak mampu membeli kecantikan itu??? Maka bersiaplah terjatuh dan tersingkir oleh wanita-wanita yang mempesona disekitarmu….!!!!! So jangan heran banyak wanita yang merasa kurang bersyukur atas penciptaan-Nya..Naudzubillah….
Open your eyes, Galz…!!!! Kita masih boleh kelihatan cantik menawan tanpa wang….dan sampaikan pada mereka yang bersusah payah  ^,^  untuk membeli kecantikan…semua tu takan kekal lama.....Beautifull..i’m comiiiiiiing…. ..hehehehe

1. Cantik dari Hati (Inner beauty)
    Wanita modern umumnya terjebak pada penampilan fizikal.  Sebagian wanita beranggapan, para laki-laki lebih mengutamakan penampilan fizikal dalam memilih wanita sebagai pendamping hidupnya. Padahal kecantikan hakiki bukan terletak pada penampilan fizikal. Kecantikan hakiki terpancar dari dalam (Inner beauty). Kepribadian menawan, hati yang penuh rasa syukur, dan berwawasan luas adalah bentuk Inner beauty yang diidamkan dari seorang wanita.
    Kecantikan fizikal ada batasnya,  manusia akan mengalami perubahan seiring perjalanan hidupnya dan wanita tidak mungkin dapat mengelak darinya, sebab ia adalah fitrah. Sebaliknya,  inner beauty bersifat permanen bahkan adakalanya meningkat lebih baik lagi. Seiring dengan pertambahan usia, inner beauty akan terus berkembang dan sangat bermanfaat dalam menghadapi beban hidup. Bagaimanapun, beban hidup tidak dapat diselesaikan dengan tampilan fizikal. Bahkan terkadang kecantikan luaranlah yang menjadi sumber permasalahan. Penyelesaian masalah akan didapat melalui sikap dewasa yang terpancar dari inner beauty.
     Wanita yang mengutamakan inner beauty (kecantikan dari dalam), akan mudah menghadapi godaan hidup. Mereka akan mencari penyelesaian sebaik mungkin yang didasarkan pada keilmuan yang dimilikinya dan kedalaman pribadinya. Sebaliknya, wanita yang hanya memikirkan kecantikan luaran, akan mudah goyah dalam menghadapi problema kehidupan.
       Kerana itu Islam sejak ratusan tahun lalu mengisyaratkan pentingnya inner beauty. Bahkan Allah SWT. tidak pernah melihat tampilan luaran dan wajah sebagai tolak ukur penilaian amal seseorang. Melainkan diukur dari kualiti hatinya (inner beauty)

       Rasulullah Saw. bersabda :
       “sesungguhnya Allah SWT. tidak akan melihat indahnya bentuk tubuh dan menawannya tampilan wajah kalian. Melainkan melihat hati dan amal kalian”. (HR. Muslim)
       Dalam hadits lainnya Rasulullah bahkan mengisyaratkan bahawa inner beauty yang menentukan keselamatan atau kehancuran seseorang. Inner beauty akan memancarkan kesuksesan dan keselamatan.
       “Sesungguhnya dalam hati manusia itu ada segumpal darah, jika sihat, sihatlah seluruh tubuhnya. Jika rosak, rosaklah seluruh tubuhnya. Segumpal darah itu adalah hati”. (HR. Muttafaq Alaih)
       Wanita yang memahami Inner beauty akan hidup penuh kemuliaan. Sebaliknya yang tidak pernah menghiraukannya akan hidup jauh dari kemuliaan.


        2.       Memadukan Inner beauty dengan keindahan fizikal
       Jika inner beauty saja sudah indah, apalagi jika dibandingkan dengan kecantikan luaran.  Islam tidak pernah melarang untuk tampil cantik ... umpamanya memakai pakaian bagus dan wajah indah terawat. Namun semuanya dalam kerangka keindahan. Bukan kesombongan.
       “Tak akan masuk syurga orang  yang dalam hatinya ada kesombongan walaupun sebesar debu. Maka mereka (para sahabat ) bertanya. “Wahai Rasulullah, seorang suka agar sandal atau sepatunya bagus serta bajunya juga bagus. Apakah demikian itu termasuk kesombongan?”. Beliau menjawab: “Tidak, Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sedangkan kesombongan itu adalah penolakan terhadap kebenaran dan pamer terhadap manusia.” (HR. Muslim, Abu Daud, dan Tirmidzi)
     
       “Hai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa. Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (QS. al-A’raf: 26)

       Perpaduan Inner beauty dan keindahan luaran akan melahirkan seseorang yang disegani dalam berbagai hal. Sebagai seorang yang berwibawa di hadapan manusia sekaligus mendapat keredhaan di sisi Allah SWT.
 

Rujukan : Abu Al-Ghifari, Wanita Bukan Makhluk Penggoda

Kenapa Allah masih hidupkan aku pada hari ini???

Bismillahirahmanirahim,
Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam sejahtera

Kenapa Allah masih hidupkan aku pada hari ini???
"Kerana Dosaku TERLALU banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat"
~IMAM GHAZALI~

Astagfirullahalazimm!!!
Sungguh aku masih alpa dan lalai

JANGANLAH DUNIA MEMPERDAYAKANMU

 Segala puji bagi Allah Rabb Jibril, Mika’il, dan Israfil. Selawat dan salam semoga dilimpah kepada Nabi terakhir dan amalan terbaik untuk segenap insan. Amma ba’du.

 Allah  berfirman maksudnya, “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56)


Seolah-olah dunia ini telah menipuku. Ketika dunia dengan segenap perhiasannya mengelabui aku dgn syaitan berwajah manusia yang membisikkan ke telingamu, “Ayuh, nikmatilah masa mudamu! Sekarang ini adalah saatnya untuk kamu menunjukkan jati dirimu! Ini adalah akhir pekan, ayuh kita week-end di tempat yang istimewa, yang akan memuaskan kesenanganmu! Tak usah kau ragu, untuk apa kau sibukkan dirimu dengan hal2 yg remeh itu? Nikmatilah, hidupmu! Bebaslah, jangan jadikan duniamu bagaikan penjara [!!!].” Inilah contoh ungkapan  syaitan yang gemar menipu dan menyesatkan keturunan Adam sejak dahulu.



Biar Hati Berbicara

Bismillahirrahmanirrahim..~
  Alhamdulillah... ku panjat kesyukuran pada Ilahi, masih dapatku jelajahi keindahan alam ini dengan penuh senyuman dibibir.. berkongsi suka duka dalam kehidupan yang kadang kala ada kemanisan dan kepahitan yang terpaksa ditelan...

 Dan apabila hati berbicara.................Adakah bicaranya tentang dosa, pahala atau sebaliknya. Hati yang kerap sedih adalah kerana hati itu selalu tidak bersama Allah. Masalah hati berpunca dari dalam hati kita. hati yang merindui Ilahi meronta-ronta untuk tenang dengan mengingati Allah. Masalah hati disebabkan kita tidak bersama Allah, itulah kuncinya. Maka marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dengan hati yang penuh kecintaan kepadaNya.

Kerana KAU KEKASIH ABADIKU...




Di saat airmata ini ingin mengalir...
Biarkanlah ianya mengalir hanya keranaMu ya Allah..
Di saat hati ini rapuh...
Kuatkanlah ianya dengan peringatan dariMu ya Allah
Melalui kalamMu yang tidak pernah berdusta...
Saat aku kesunyian sendirian..