Thursday, July 4, 2013

Wahai wanita, terdetikkah dalam hati kita bahawa...




Kita sangat berharga?

Semakin dibuka, semakin . . .?
Tapi...
Semakin ditutup, semakin tinggi nilainya.
Ibarat mawar berduri,
Cantik dilihat, tapi sukar didekati.

Hati ini meronta,
Apakah cukup pelindunganku selama ini?
 Tertutupkah aku selama ini?
Akukah permata yang dicari?
Akukah mawar yang berduri itu?
Akukah bidadari istimewa?
Dambaan insan bertaqwa...

Aku juga, pendosa hina. Malah belum lengkap Imanku. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang tersimpan dalam hati ini saat jasad ingin melangkah keluar dari rumah.
Pelbagai soalan timbul di benak fikiranku...

Redhakah ALLAH dengan pakaianku ini?
Redhakah ALLAH dengan tingkahku ini?
Redhakah ALLAH dengan langkahku ini?

Semua persoalan itu bermain-main difikiran & merunsingkan!

Dah tahu semua tu,jadi
APA MASALAHNYA LAGI?

Masalah kita sekarang adalah tiada yang menegur, (tegas!)


Aku berpakaian begini, lengkapkah sebagai muslimah?


Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan aku perlukan kepastian. Persoalan ini 

menghimpit fikiran. (seringkali)


Mengapa tiada yang menegur???

Tegurlah aku. Tolonglah. Seseorang, katakan itu salah.
Hanya secebis ketegasan yang aku perlukan.


Jujur...kita bicara dari hati ke hati.

Ini yang kita (semua perempuan) rasakan kan?
Ini yang kita semua mahukan kan?


Hanya secebis keTEGASan dari insan yang sepatutnya menegur kita.

Siapa?

1. Ayah
2. Abang
3. Suami


Tapi mengapa ya? Mereka gagal, mereka lemah dalam menjalankan tanggungjawab itu?

Perempuan itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik hiasan adalah perempuan (isteri) solehah.

Alangkah indahnya, kita cantik hanya pada pandangan yang berhak ke atas kita sahaja.

Tepuk dada tanya Iman.

Akukah wanita solehah?
Akukah penghuni Syurga?
Akukah permata keluarga?
Akukah dambaan insan bertaqwa?
Akukah?

ATAU...

Akukah wanita biasa?
Akukah hanya menghiasi dunia tetapi tidak di Syurga sana?
Akukah yang senang didekati?
Akukah bukan pilihan Insan bertaqwa?
Akukah?









Solehah itu perlu dicari, tetapi harus ada yang membimbing.

Ayuh Adam, perjuangkan "hak" mu.
Sila jalankan tanggungjawabmu.
Jangan kau terheret sekali ke dalam neraka.

Wanita salah, kau harus tampil membetulkannya, bukan mengambil kesempatan.

Ini bukan kes cari salah siapa.

Tetapi kita harus bergandingan sesama kita.
Banteras bisikan syaitonirojim.

Perkukuhkan benteng pertahanan Iman kita.

Ayuh, Bangkitlah semua. Jangan terbuai lagi.
Bangun dari diulit mimpi indah yang seketika itu, kita akan terjaga sebentar lagi dan realitinya berbeza! Realitinya pasti ibarat mimpi ngeri andai kita masih leka.
Tolonglah, penghuni neraka sudah ramai dari kalangan perempuan.
Tidak kasihankah?

Ayuh Adam ayuh...


Mari sama-sama menuju ke syurga

Pimpinlah kami Hawa :)



RENUNGAN BERSAMA
Allah tlh menunjukkan trlalu bnyk kasih sayangNya pdmu.Dia memberimu rezeki, kejayaan,kesenangan&Dia mmberimu keampunan.Namun apabila sampai saatnya dugaan turun padamu,kamu mudah saja putus asa padaNYA,sedangkan dugaan itu untk mnguji keimananMu pdnya agar dirimu semakin dekat padaNya..Ayuh muhasabah dri,sejauh manakah cinta kita kpd Allah!!!

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian...


Alhamdulillah... ku panjat kesyukuran pada Ilahi, masih dapatku jelajahi keindahan alam ini dengan penuh senyuman dibibir.. berkongsi suka duka dalam kehidupan yang kadang kala ada kemanisan dan kepahitan yang terpaksa ditelan...


Hayati dan hargailah nikmat kehidupan ini seakan-akan kita akan mengadap Ilahi pada bila2 masa saja.Jadilah hambaNYa yg sering bersyukur dgn sentiasa melakukan amal kebajikan dan menjauhi larangan Nya....

No comments:

Post a Comment

Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...