"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman. (Ali-'Imran:139)
Thursday, July 4, 2013
Sentiasa SETTING Niat,UPGRaD iManE
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.
saya selalu rasa saya tidak layak untuk menulis perkara-perkara yang boleh menaikkan iman. Tapi apalah salahnya. Di sebalik saya meningkatkan iman dalam diri, orang lain pun boleh baca jugak. :)
Baiklah pengisian kali ni simple je.
SETTING Niat dulu...
1. Kita perbaharui niat kita. Setiap kali nak berubah kenalah baharukan niat. Ingat niat kita hidup ni untuk Allah SWT. Kadang2 kita mudah terlupa bahawa Allah senantiasa melihat apa yang kita lakukan sebab itu saya ingatkan diri saya dan pembaca sekalian untuk betulkan balik niat. Ni penting nih.
2. Tingkatkan amal ibadah untuk Allah. Sesungguhnya kalau tingkatkan ibadah tu, iman boleh jadi lebih mantap. Tapi kenalah betul2 ikhlas. Kalau nak senang, ade jadual mutabaah amal. Then, InsyaAllah amal ibadah boleh ditingkatkan. Ni sikit cadangan apa yang kita boleh buat.
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat sunat
* Qiamullail
* Increase pembacaan Al-Quran
* Hafal lebih banyak surah
* Baca lebih banyak buku-buku ilmu agama, sirah dan ilmu alam
* Al-Mathurat
* Banyakkan infak
* Banyakkan tolong orang especially sahabat-sahabat yang memerlukan pertolongan dari segi nasihat dan pelajaran serta ibadah itu sendiri
* Bagi tazkirah untuk sahabat dan minta pendapat
* Tadabbur Alam di mana sahaja
3. Mencintai Allah dan Rasulullah SAW
Maka, manusia itu mempunyai cinta sejati. Allah kan kekasih kita, maka ingin saya ingatkan lagi, we are never alone, memang xkan ade term "FOREVER ALONE" sebab Allah kan sentiasa ada. Kalau anda tidak merasa presence of cinta Allah tu, maka jom kita ingat balik siapa Pencipta kita. Indahnya cinta tu. Next, kita mencintai Nabi SAW. Selawat dengan banyak untuk baginda dan beramal dengan sunnahnya. InsyaAllah semuanya terjamin. :)
“ Kami hidup bersama Rasulullah dan kami lihat tanda-tanda kenabian seperti mukjizatnya, kami benar-benar melihat dan mendengar darinya, lalu kami memeluk islam, dengan kukuh dan teguh dan serta dengan mudah. Tetapi kamu, tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan. maka ganjaranmu lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuh jiwamu. ” - Khalid al-Walid
4. Learn to accept the past and forgive others
Yang ni antara benda yang saya rasa susah nak buat. Memang agak perit nak lupakan kisah-kisah lama sebab kadang2 kita rasa benda tu dah tertanam kat dasar otak. Tapi saya teruskan mencuba sebab saya yakin Allah ada untuk menolong kita menyelesaikan masalah tu. Kadang-kadang selalu saya terasa orang tidak melakukan 'intervention' kepada diri setelah ditegur. tapi apakan daya, dia hanyalah manusia. maka, selemah-lemah persahabatan dan ukhuwah itu ialah berlapang dada. So, I am trying to accept what people have done to me and forgive them. Tak susah pun. Sabar dan terima. Sebab Allah je yang tau isi hati manusia. Jadi xde benda yang nak dikesali dalam apa-apa perkara pun. Kalau memang sudah suratan Allah maka kita terimalah itu sebagai ujian untuk kita.
5. Last but not least, tingkatkan semangat hidup.
Yakinlah bahawa Allah dah pilih jalan terbaik buat kita. Maka hadapilah dengan hati yang tenang. Senyum. :)
Moga kita tergolong dlm golongan yg membuat sesuatu amal adalah kerana Nya, bukan kerana nak manusia nampak --> "hebatlah kau, after ramadhan terus settle puasa 6 bulan syawal" si pelaku: muka bangga+control .....+"akhirnye org nmpak aku buat baik". conclusion: puasa sbb nk nmpak hebat, so dpt nmpak hebat JE.
this is,, ssaaadd !! don't !
Bukan jua kerana kepentingan duniawi kerana jika manusia dan dunia yg menjadi penyebab sesuatu tindakan, takut - takut kita menjadi org yg rugi di akhirat kelak sbb both manusia and dunia tak kan dapat membantu kita sama sekali di hari pengadilan.
Tapi, nape kita diri ini sendiri suka sangat invest kat bende yg akan bagi 0 result and even worst -ve impact which is dosa. and the result is permanent pulak tu; jannah or an-nar.
I had accepted the past. From what I have experienced, from what people have done to me, slowly I make it as a test for me. To make me stronger. Now, its clear that Allah wants to show me something. Something that improved me. Maka, berdoalah, sebab pertolongan Allah itu pasti.
let's wake up !!!
huk2.. baiklah..jom setting niat balik..
Baiklah tu je untuk pengisian kot. Harap2 bermanfaat.
YA ALLAH
SelaMAtkanlah
Kami
di DuNiA Dan AkHiRaT
Aamiin Yaa Rabal'alamiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...