Wednesday, July 3, 2013

INSYAALLAH

Insya-Allah

 

Aku masih seperti...
Semalam...
 Bersyukur padaNYA kerana masih diberi peluang
Untuk bernafas di bumi ciptaanNya
Masih mampu ku tampilkan
Peribadi insan yang berilmiah
Dan menghambakan diri kepadaNya…
Aku redha dengan apa yang telah tersurat
Di dalam perjalanan hidup ini…
Ternyata aku hanya insan kerdil yang hanya mampu berusaha
Bertawakal dan berdoa agar hidup ini
diberi hidayah dan pedoman..
Jika ini jalan terbaik bagi ku
Akan ku terangi dengan cahaya ketabahan
Walau apa pun rintangan, aku tetap berdiri teguh
Semua ini adalah satu permulaan dalam kehidupan
Moga terus diberi petunjuk dikala kebuntuan…
Sesungguhnya ujian yang datang itu
Mengukuhkan lagi keimanan
Dan menguatkan pendirianku….

Apa yang dicari?
 Matlamat hidup..
Apa yang ditemui?
Pengalaman yang tak dapat dibeli
Belajar dari kisah silam
Mengenal erti kehidupan
Belajar erti berani agar tidak
Diselubungi ketakutan
Adakah insan lain seperti ia?
Mungkin ada tapi tidak sama..

Aku..?
Tetap setia di sini
mencari sesuatu yang hilang
Ku imbas cerita duka
Ku tilik cerita suka
dihati mengamit kerinduan
Menusuk sanubari perempuanku…

Ya Allah..
Aku hamba Mu yang hina
Telalu banyak dosa lalu ku lakukan
Ku mohon keampunan Mu Ya Allah
Tiada tempat bagiku
Hanya kaulah tempat aku mengadu
Dan jangan Kau
Jauhkan aku dari Mu walau sedetik
Sinarilah hidupku dengan hidayah Mu
Berilah pertunjuk dikalaku kebuntuan
Selagi nafas bersisa di bumi Mu ini….

Ya Allah..
Matikanlah aku dalam Husnul Khatimah…
Agar menjadi malam pertama
Bagi malam-malam syurga berikutnya
Dan jauhkanlah Aku
dari malam-malam neraka berikutnya….

Ya Allah…
Keindahan ini hanya pinjaman
Kehidupanku jua sebuah pinjaman
Pabila Sakaratul Maut tiba
Semua pinjaman ini dikembalikan pada Mu
Tiada lagi yang menjadi milik ku…

Malam…
Aku kesepian..
Aku kesunyian..
Hanya baki titisan hujan masih kedengaran
Menemani malamku
Ku mengadapMu Tuhan ku
Ku bicara dengan zikirku...
Agar malamku terubat kesunyian…

Ya Allah…
Aku bersyukur pada-Mu
Kerana aku masih lagi sempat
Melalui malam yang indah ini..
Walaupun aku keseorangan.. tiada teman bicara
Tiada suara-suara insani menemani kesunyian malamku
Aku tetap bahagia…
Aku masih mampu tersenyum
Walaupun ku diulit kesepian dan kesunyian
Ku hargai setiap saat dan waktu
Yang telah Kau tetapkan untukku…




Tuhanku,
Adakah hari esok untukku sebuah malam seperti ini lagi???

Ku cari damai dihati
Ku cari ketenangan abadi
mampukah aku miliki…
Kepada-Mu Ya Allah..
aku bermohon
Moga hari esok bakal ku temui
Damai dihati
Moga kedamaian milik ku jua…
Insya-Allah….


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian...

IKLASLAH!
Menjadi DiRi Sendiri
Agar HiDuP penuH
KetenaNGan dan keimanan...
Hidup tanpa Pegangan,
Ibarat BUiH-BuiH di laut...
Bila-bila masa ia akan HiLang


Jika dunia ini hanya persinggahan,
mengapa tidak kita banyakkan bekalan meneruskan perjalanan?
kerana kita cuma hanya ada satu persinggahan,
sebelum kembali ke alam akhirat yang kekal abadi..


Tipu andai kita kata kita tidak terasa,
 Tipu andai kita kta kita tidak kecewa..
Tapi perlu kita fahami ini kehendak dariNya,
Yang telah Dia takdirkn untuk kita.
Tidak ada yg mampu kita lakukan selain pasrah & redha.
Dicari bila susah, dan diabaikan bila senang..
 
Takdir  menentukan rezeki untuk kita.
Setia pada perkara yg tidak selayaknya tidak akan mmbawa keuntungan,
Tapi sabar mu dalam mnghadapi ssuatu itu tidak akan tersia-sia,
kerana Allah sedikitpun tidak leka  & lalai…
Allah sekalipun tidak pernah lupakan kita.
Kerana itu kita harus sabar, tabah & sentiasalah brsyukur

“apakah cukup untukmu mengatakn kamu beriman, sedang kamu tidak diuji?”
Sedarilah, apa yg dtg kpd kita itu adalah satu ujian untuk kita


Wahai hawa, kenapa harus engkau bersedih? Sedang Allah sudah merencana kn yg terbaik untuk mu, ingatlah tidak sedetikpn Allah menyulitkn dirimu diluar kemampuanmu.

Wahai hawa, kenapa perlu kau goyah hanya kerana pdgn manusia? Sedang pandangan Allah itu lebih utama, ingatlah org2 beriman itu tidak cukup dgn berkata mereka beriman tanpa harus diuji.

Wahai wanita, kuatlah menempuhi deritamu. Air matamu bukan tanda kelemahan!! Yakinlh padaNya… ingat tangan wanita itulah yg mengoncang dunia!!!

Wahai wanita, meski telah kau sedar dari dosa & silap mu. Istigfarlah.. dan cekallh dlm perjalanmu untuk berubah!! Ingat, pintu taubat sentiasa terbuka!! Berjuanglah!!

 



Direnung semula babak kehidupan.
Ada suka ada duka.
Dikongsi bersama suka yang dirasa.
Agar dapat diulang semula.
Namun ada seperkara hanya mampu dikenang.
Kerana kini tak seperti dulu.
Kerana masa berlalu dengan pantas lalu
ditinggalkan kenangan sekadar untuk disimpan.


Tidak mengapa.
Biar ianya tersimpan rapi.












No comments:

Post a Comment

Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...