Sunday, July 28, 2013

Rindu dan Resah Yang Tidak Menentu

Rindu..??/Resah..??



Ntah mengapa kebelakangan ini keadaan diri ini menjadi tak menentu. Pelbagai rasa berkunjung dalam diri.Aku menjadi tidak selesa dan ketenangan diri seperti melarikan diri menjauhi ku. Aku menjadi pelik dangan keadaan diri sendiri. Suatu keadaan di mana apa sahaja yang di lakukan tak kena. Suatu perasaan yang bercampur baur.  Rasa rindu, cinta, sedih, marah, kecewa dan pelbagai lagi hadir tanpa diundang. Keadaan itu membuatkan emosi ku bercelaru dan tidak terurus dan terasa hari-hari yang saya lalui berlalu seperti rasa terbazir.
Tetiba mood hilang. Rutin harian terganggu seketika...,  dan banyak berfikir. Orang lain mungkin melihat aku tersenyum, gelak, ketawa dan sebagainya, tetapi hakikatnya diri ini  berasa seperti dlm bekas yang kosong. Tidak berisi. Rasa sunyi ,,,. Rasa sedih tetapi tidak mampu untuk menangis. Berkali-kali mencari-cari puncanya, tetapi keadaannya tetap sama. Masih tak jumpa titik kembali...

Aku seperti mengharapkan ada seseorang dapat menarik tangan saya kembali kepada keadaan yang tenang dan ceria seperti sebelumnya. Tetapi tiada seorang pun hadir mengisi keperluan itu. Semangat diri merudum jatuh walaupun telah berusaha untuk meninggikannya.



Ntah la tetiba didatangi cinta, tetapi degil untuk pergi walaupun sedaya upaya menyentapnya keluar. tetiba diserang rindu, tetapi tidak mahu berganjak walaupun ditepis sekuatnya.

Dalam hati  selalu berkata,"Ya Allah, kenapakah aku ini ya Allah? Siapa yang boleh tolong tarik aku untuk keluar dari kecelaruan fikiran ini?".




Bukanlah mengharapkan sesiapa untuk menghulurkan tangan untuk menarik tangan ku keluar dari masalah ini. Sebab aku fikir aku  ini bersendirian....
Walaupun ku akui bahawa Allah sentiasa bersama ku. Dialah yang tidak jemu mendengar luahan hati . Yang tidak pernah berkira untuk memberi ,,, walaupun berulang kali, yang selalu mengambil berat terhadap ku, yang sentiasa memberikan perhatian terhadap semua aduan  dalam hidup. Allah sahaja yang tidak jemu melakukan semua itu. Dia tidak pernah sesekali mengejak ku, jauh sekali untuk memalukanku...
Hanya  Dia saja mampu memberikan sentuhan lembut untuk menegur kesalahan ku dan mengangkat  ketika ku jatuh.

Walaupun ku cuba kuat kan diri bermuhasabah. Istighfar, solat, al-quran dan zikirlah ubatnya. Ku sedari betapa Dia telah menyediakan saluran untuk hamba-Nya dalam kesusahan untuk mendapatkan solusi,  Sungguh aku lupa Allah ada api neraka yang hebat untuk membakar ....




Aku sedar dan insaf.

Dalam kehidupan ini, memang pelbagai ragam yang akan hadir.Ada manusia yang memang kita mengharapkan perhatiannya, tetapi mereka langsung tidak menghiraukan kita. Kita juga mungkin mempunyai sahabat yang sudah lama kenal, tetapi masih lagi tidak memahami diri kita walaupun kita amat memahaminya. Ada juga adik-adik yang kita amat sayang kepada mereka dan menjaga mereka, tetapi mereka buat tidak kisah dengan kita malah mencalarkan hati kita. Kadang-kadang semua ini menjadi penyebab kepada runtuhnya semangat, dan hilangnya kecerian dalam diri lalu terperangkap dalam keadaan hati yang berkeceramuk.

Aku  tersentak dan menggeleng kepala. ... cinta..., rindu .., sayang ..apa nie..!!!

Tenang...

Mujur aku tidak terlanjur melakukan perkara yang bodoh. Manusia itu haikikatnya dijadikan lemah. Sekejap di atas, sekejap  di bawah. Sebijak-bijak manusia yang berada dibawah, mereka berusaha memikirkan cara untuk kembali berada di atas. Allah jua lah sebaik-baik penolong.
"Cukuplah Allah untuk ku "





Allah yang memberikan masalah, Dengan Allah sahajalah masalah dapat diselesaikan.

1 comment:

  1. assalammualaikum..terima kaseh kerana coretan anda telah menunjukkan jalan pada saya....tempat yang saya harus kembali adalah tempat dimana saya bermula...terima kaseh sekalai lagi

    ReplyDelete

Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...