Rindu-rindulah 'pintu yang satu' akan buat dirimu rindu pada Tuhan Yang Satu.
Sudah berapa lamakah kau lalai begini? Apa yang buat dirimu lalai? Manusia, masalah hati, kerja, duit, internet, gajet? Sudah-sudahlah. Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini? Usah 'mabuk' lagi.
Sampai bila hendak bertuhankan nafsu?
Masa dah kurang. Tidak ada siapa pun antara kita yang makin bertambah masanya. Meski dipanjangkan umur, namun waktu tetap berkurang.
Pulanglah. Ketika sejuta pintu kembali masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai orang di sekelilingmu, malaikat di langit dan bumi membuka pintu yang satu itu untukmu ~pintu kubur.
Semua orang akan melalui pintu yang satu itu. Bezanya, yang pandang sebelah mata pada sejuta pintu akan melalui pintu yang satu itu ke dalam bilik gelap pekat. Sedang yang pernah menghargai, langkah sahaja ke pintu yang satu itu, bilik yang terang benderang sedang menanti.
Dalam UJIAN ada penghapusan dosa, ada AMARAN supaya tidak leka, ada TAWARAN utk mendapat pahala dgn cara bersabar, ada PELUANG utk mengingat nikmat & ada HARAPAN utk mendapat ganjaran. Sesungguhnya Allah & qada-Nya semuanya adalah baik... ...? Bila kita melihat ujian itu sebagai jalan untuk mendapat keampunan ALLAH, maka hati akan menjadi tenang dan akan lahirlah pengertian segala kesusahan itu sebagai bunga cinta dari ALLAH ?... Subhanallah! Indahnya cinta-Mu..
No comments:
Post a Comment
Cakk!!! Hope u'olls enjoy ya baca my blog...:-))
minta maaf klu ada salah silap...