Rindu..??/Resah..??
Ntah mengapa kebelakangan ini keadaan diri ini menjadi tak menentu. Pelbagai rasa berkunjung dalam diri.Aku menjadi tidak selesa dan ketenangan diri seperti melarikan diri menjauhi ku. Aku menjadi pelik dangan keadaan diri sendiri. Suatu keadaan di mana apa sahaja yang di lakukan tak kena. Suatu perasaan yang bercampur baur. Rasa rindu, cinta, sedih, marah, kecewa dan pelbagai lagi hadir tanpa diundang. Keadaan itu membuatkan emosi ku bercelaru dan tidak terurus dan terasa hari-hari yang saya lalui berlalu seperti rasa terbazir.
Tetiba mood hilang. Rutin harian terganggu seketika..., dan banyak berfikir. Orang lain mungkin melihat aku tersenyum, gelak, ketawa dan sebagainya, tetapi hakikatnya diri ini berasa seperti dlm bekas yang kosong. Tidak berisi. Rasa sunyi ,,,. Rasa sedih tetapi tidak mampu untuk menangis. Berkali-kali mencari-cari puncanya, tetapi keadaannya tetap sama. Masih tak jumpa titik kembali...
Aku seperti mengharapkan ada seseorang dapat menarik tangan saya kembali kepada keadaan yang tenang dan ceria seperti sebelumnya. Tetapi tiada seorang pun hadir mengisi keperluan itu. Semangat diri merudum jatuh walaupun telah berusaha untuk meninggikannya.
Ntah la tetiba didatangi cinta, tetapi degil untuk pergi walaupun sedaya upaya menyentapnya keluar. tetiba diserang rindu, tetapi tidak mahu berganjak walaupun ditepis sekuatnya.
Dalam hati selalu berkata,"Ya Allah, kenapakah aku ini ya Allah? Siapa yang boleh tolong tarik aku untuk keluar dari kecelaruan fikiran ini?".
Bukanlah mengharapkan sesiapa untuk menghulurkan tangan untuk menarik tangan ku keluar dari masalah ini. Sebab aku fikir aku ini bersendirian....
Walaupun ku akui bahawa Allah sentiasa bersama ku. Dialah yang tidak jemu mendengar luahan hati . Yang tidak pernah berkira untuk memberi ,,, walaupun berulang kali, yang selalu mengambil berat terhadap ku, yang sentiasa memberikan perhatian terhadap semua aduan dalam hidup. Allah sahaja yang tidak jemu melakukan semua itu. Dia tidak pernah sesekali mengejak ku, jauh sekali untuk memalukanku...
Hanya Dia saja mampu memberikan sentuhan lembut untuk menegur kesalahan ku dan mengangkat ketika ku jatuh.
Walaupun ku cuba kuat kan diri bermuhasabah. Istighfar, solat, al-quran dan zikirlah ubatnya. Ku sedari betapa Dia telah menyediakan saluran untuk hamba-Nya dalam kesusahan untuk mendapatkan solusi, Sungguh aku lupa Allah ada api neraka yang hebat untuk membakar ....
Aku sedar dan insaf.
Dalam kehidupan ini, memang pelbagai ragam yang akan hadir.Ada manusia yang memang kita mengharapkan perhatiannya, tetapi mereka langsung tidak menghiraukan kita. Kita juga mungkin mempunyai sahabat yang sudah lama kenal, tetapi masih lagi tidak memahami diri kita walaupun kita amat memahaminya. Ada juga adik-adik yang kita amat sayang kepada mereka dan menjaga mereka, tetapi mereka buat tidak kisah dengan kita malah mencalarkan hati kita. Kadang-kadang semua ini menjadi penyebab kepada runtuhnya semangat, dan hilangnya kecerian dalam diri lalu terperangkap dalam keadaan hati yang berkeceramuk.
Aku tersentak dan menggeleng kepala. ... cinta..., rindu .., sayang ..apa nie..!!!
Tenang...
Mujur aku tidak terlanjur melakukan perkara yang bodoh. Manusia itu haikikatnya dijadikan lemah. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Sebijak-bijak manusia yang berada dibawah, mereka berusaha memikirkan cara untuk kembali berada di atas. Allah jua lah sebaik-baik penolong.
"Cukuplah Allah untuk ku "
Allah yang memberikan masalah, Dengan Allah sahajalah masalah dapat diselesaikan.
"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman. (Ali-'Imran:139)
Sunday, July 28, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Jika rindu ini adalah rasa sakit yang tak bermuara..
Tersimpan rapi di hati..
Tertera serasi diangan-angan..
Terangkai lajur menurut atur..
Bait rindu di jiwa nan syahdu..
Baris tulis melajur tertata menarik..
Untaikan doanya nun disana..
Ya ALLAH..
Jika rindu ini adalah rasa sakit yang tak bermuara..
Penuhkanlah ia dengan rindu pada-Mu..
Dan jadikan kematian adalah muara perjumpaanku dengan-Mu..
Jika sayang ini sesuatu yang mempesonakan..
Ikatlah ia dengan pesona-Mu..
Agar ku rasakan damai disetiap syukurku pada-Mu..
Ya ALLAH..
Hatiku cukup hanya satu cinta..
Namun bila tak dapat ku mengisinya Dengan cinta-Mu..
Kerana hanya pada-MU dan Rasul-Mu..
Cinta tak kan pernah mengecewakanku..
Masih adakah kesempatan untuk ku.....
Untuk meraih dan mencapai Cinta Mu..
Ya Rabb..
Jadikanlah cinta dan rindu ini TULUS semata kerana-Mu..
Dan hati hanya tertawan oleh-Mu..
Redhailah jiwa ini atas segala keputusan Mu..
Tahajud CINTA Menuju RedhaMu ya ALLAH
SaLam UKHUWAH peNuh KeCINTAan_.......
Thursday, July 4, 2013
KETIKA HATI MERINDUKAN ALLAH
Betapa indahnya hidup ini,kerana ketika hati merindukan NYA maka sesungguhnya ALLAH telah lebih dulu merindukan hamba NYA..
Sehingga ALLAH memanggil dan menggerakan hati hamba NYA untuk merindui NYA..
Dan ketika hamba NYA merindukan NYA,maka rasa rindu itu akan menuntunnya untuk mendekat kepada ALLAH untuk menjawab kerinduan ALLAH padanya..
Dan siapa yang telah dirindukan oleh ALLAH maka ALLAH akan membuka banyak jalan agar hamba NYA mendekat pada NYA..
Dan jika seseorang telah dekat dengan ALLAH, maka ALLAH akan senantiasa ada bersamanya,membimbingnya serta memperkenankan doa2nya dengan izin NYA..
Dan ALLAH berfirman :
Dan apabila hamba-hamba KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat, AKU memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada KU, sebab itu hendaklah mereka memohon berkenan kepada KU dan beriman pada KU supaya mereka memperoleh petunjuk..
(Qs. Al-Baqarah: 186)
Oleh kerana itu, ingatlah kalian kepada KU, niscaya AKU ingat kepada kalian, dan bersyukurlah kalian kepada KU dan jangan kalian mengingkari (nikmat) KU..
(Qs. Al-Baqarah: 152)
Ya Allah..
dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah
YA ALLAH,Jadikan hari terindahku,hari di saat aku bertemu dengan-MU..
Rabbanaa aatina fiddun-yaa hasanah, wafil aakhirati hasanataw waqinaa 'adzaabannaar..
Aamiin Ya Rabbalalamiin
Sebelum Mata Terlena
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi
Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
hijjaz~ sebelum mata terlena
KUDAMBAKAN KEREDHAANMU
Ya Illahi Rabbi...
Saat ini aku ingin makin lebih dekat denganMU
Saat keyakinan itu seolah-olah mengikat jantungku terasa ingin segera kembali padaMU
Aku ingin berlari mendakap cintaMU
Aku ingin terbang mencari awan redhaMU
Menaungi batas waktu yang mengalir laju agar aku tidak terpisah denganMU
Walau aku tahu,aku tidak layak untuk itu
Kata-kata cinta yang terucap indah mengalir menghalus menipu hinga saat bibir mengalun ASMA'MU
Ternyata ZIKIR CINTAMU lebih nilainya hati ini makin takut untuk mengintai
Cinta selainMU
Takut jiwa makin kotor pada rindu yang membelai
Bimbang dua mata ini membeku dari mengalirkan bukti cintaku bimbang hati ini
Tenggelam melupakanMU
Allah, sakit derita ini biar jadi penawar dosaku..
Ya Allah cintaku.. biarkan aku mati dalam jiwa yang tenggelam dalam cinta padaMU..
Benarkan aku mengekor Para KekasihMU kesyurga, meskipun aku hanya merangkak dibarisan terkebelakang
Tolong Ya Allah..
Bawaku lari dari jiwa yang berputus asa
Bawaku lari dari hati yang kelam
Bawaku lari dari sendu yang mencengkam...
Kerana aku hanya ingin menagih cintaMU...
Saat senyuman tak mampu berbohong
Saat mata tak mampu membendung air mata
Saat tubuh ku mulai rapuh
Saat itu aku merasa sendiri
Andai kebahagiaan bisa aku beli
Pasti aku sudah memilikinya
Kebahagiaan ku
Saat aku menitikkan air mata,
Dan mereka berkata,
Aku mengerti kamu....

Sentiasa SETTING Niat,UPGRaD iManE
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.
saya selalu rasa saya tidak layak untuk menulis perkara-perkara yang boleh menaikkan iman. Tapi apalah salahnya. Di sebalik saya meningkatkan iman dalam diri, orang lain pun boleh baca jugak. :)
Baiklah pengisian kali ni simple je.
SETTING Niat dulu...
1. Kita perbaharui niat kita. Setiap kali nak berubah kenalah baharukan niat. Ingat niat kita hidup ni untuk Allah SWT. Kadang2 kita mudah terlupa bahawa Allah senantiasa melihat apa yang kita lakukan sebab itu saya ingatkan diri saya dan pembaca sekalian untuk betulkan balik niat. Ni penting nih.
2. Tingkatkan amal ibadah untuk Allah. Sesungguhnya kalau tingkatkan ibadah tu, iman boleh jadi lebih mantap. Tapi kenalah betul2 ikhlas. Kalau nak senang, ade jadual mutabaah amal. Then, InsyaAllah amal ibadah boleh ditingkatkan. Ni sikit cadangan apa yang kita boleh buat.
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat sunat
* Qiamullail
* Increase pembacaan Al-Quran
* Hafal lebih banyak surah
* Baca lebih banyak buku-buku ilmu agama, sirah dan ilmu alam
* Al-Mathurat
* Banyakkan infak
* Banyakkan tolong orang especially sahabat-sahabat yang memerlukan pertolongan dari segi nasihat dan pelajaran serta ibadah itu sendiri
* Bagi tazkirah untuk sahabat dan minta pendapat
* Tadabbur Alam di mana sahaja
3. Mencintai Allah dan Rasulullah SAW
Maka, manusia itu mempunyai cinta sejati. Allah kan kekasih kita, maka ingin saya ingatkan lagi, we are never alone, memang xkan ade term "FOREVER ALONE" sebab Allah kan sentiasa ada. Kalau anda tidak merasa presence of cinta Allah tu, maka jom kita ingat balik siapa Pencipta kita. Indahnya cinta tu. Next, kita mencintai Nabi SAW. Selawat dengan banyak untuk baginda dan beramal dengan sunnahnya. InsyaAllah semuanya terjamin. :)
“ Kami hidup bersama Rasulullah dan kami lihat tanda-tanda kenabian seperti mukjizatnya, kami benar-benar melihat dan mendengar darinya, lalu kami memeluk islam, dengan kukuh dan teguh dan serta dengan mudah. Tetapi kamu, tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan. maka ganjaranmu lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuh jiwamu. ” - Khalid al-Walid
4. Learn to accept the past and forgive others
Yang ni antara benda yang saya rasa susah nak buat. Memang agak perit nak lupakan kisah-kisah lama sebab kadang2 kita rasa benda tu dah tertanam kat dasar otak. Tapi saya teruskan mencuba sebab saya yakin Allah ada untuk menolong kita menyelesaikan masalah tu. Kadang-kadang selalu saya terasa orang tidak melakukan 'intervention' kepada diri setelah ditegur. tapi apakan daya, dia hanyalah manusia. maka, selemah-lemah persahabatan dan ukhuwah itu ialah berlapang dada. So, I am trying to accept what people have done to me and forgive them. Tak susah pun. Sabar dan terima. Sebab Allah je yang tau isi hati manusia. Jadi xde benda yang nak dikesali dalam apa-apa perkara pun. Kalau memang sudah suratan Allah maka kita terimalah itu sebagai ujian untuk kita.
5. Last but not least, tingkatkan semangat hidup.
Yakinlah bahawa Allah dah pilih jalan terbaik buat kita. Maka hadapilah dengan hati yang tenang. Senyum. :)
Moga kita tergolong dlm golongan yg membuat sesuatu amal adalah kerana Nya, bukan kerana nak manusia nampak --> "hebatlah kau, after ramadhan terus settle puasa 6 bulan syawal" si pelaku: muka bangga+control .....+"akhirnye org nmpak aku buat baik". conclusion: puasa sbb nk nmpak hebat, so dpt nmpak hebat JE.
this is,, ssaaadd !! don't !
Bukan jua kerana kepentingan duniawi kerana jika manusia dan dunia yg menjadi penyebab sesuatu tindakan, takut - takut kita menjadi org yg rugi di akhirat kelak sbb both manusia and dunia tak kan dapat membantu kita sama sekali di hari pengadilan.
Tapi, nape kita diri ini sendiri suka sangat invest kat bende yg akan bagi 0 result and even worst -ve impact which is dosa. and the result is permanent pulak tu; jannah or an-nar.
I had accepted the past. From what I have experienced, from what people have done to me, slowly I make it as a test for me. To make me stronger. Now, its clear that Allah wants to show me something. Something that improved me. Maka, berdoalah, sebab pertolongan Allah itu pasti.
let's wake up !!!
huk2.. baiklah..jom setting niat balik..
Baiklah tu je untuk pengisian kot. Harap2 bermanfaat.
YA ALLAH
SelaMAtkanlah
Kami
di DuNiA Dan AkHiRaT
Aamiin Yaa Rabal'alamiin
Wahai wanita, terdetikkah dalam hati kita bahawa...
Kita sangat berharga?
Semakin dibuka, semakin . . .?
Tapi...
Semakin ditutup, semakin tinggi nilainya.
Ibarat mawar berduri,
Cantik dilihat, tapi sukar didekati.
Hati ini meronta,
Apakah cukup pelindunganku selama ini?
Tertutupkah aku selama ini?
Akukah permata yang dicari?
Akukah mawar yang berduri itu?
Akukah bidadari istimewa?
Dambaan insan bertaqwa...
Aku juga, pendosa hina. Malah belum lengkap Imanku. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang tersimpan dalam hati ini saat jasad ingin melangkah keluar dari rumah.
Pelbagai soalan timbul di benak fikiranku...
Redhakah ALLAH dengan pakaianku ini?
Redhakah ALLAH dengan tingkahku ini?
Redhakah ALLAH dengan langkahku ini?
Semua persoalan itu bermain-main difikiran & merunsingkan!
Dah tahu semua tu,jadi
APA MASALAHNYA LAGI?
Masalah kita sekarang adalah tiada yang menegur, (tegas!)
Aku berpakaian begini, lengkapkah sebagai muslimah?
Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan aku perlukan kepastian. Persoalan ini
menghimpit fikiran. (seringkali)
Mengapa tiada yang menegur???
Tegurlah aku. Tolonglah. Seseorang, katakan itu salah.
Hanya secebis ketegasan yang aku perlukan.
Jujur...kita bicara dari hati ke hati.
Ini yang kita (semua perempuan) rasakan kan?
Ini yang kita semua mahukan kan?
Hanya secebis keTEGASan dari insan yang sepatutnya menegur kita.
Siapa?
1. Ayah
2. Abang
3. Suami
Tapi mengapa ya? Mereka gagal, mereka lemah dalam menjalankan tanggungjawab itu?
Perempuan itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik hiasan adalah perempuan (isteri) solehah.
Alangkah indahnya, kita cantik hanya pada pandangan yang berhak ke atas kita sahaja.
Tepuk dada tanya Iman.
Akukah wanita solehah?
Akukah penghuni Syurga?
Akukah permata keluarga?
Akukah dambaan insan bertaqwa?
Akukah?
ATAU...
Akukah wanita biasa?
Akukah hanya menghiasi dunia tetapi tidak di Syurga sana?
Akukah yang senang didekati?
Akukah bukan pilihan Insan bertaqwa?
Akukah?
Solehah itu perlu dicari, tetapi harus ada yang membimbing.
Ayuh Adam, perjuangkan "hak" mu.
Sila jalankan tanggungjawabmu.
Jangan kau terheret sekali ke dalam neraka.
Wanita salah, kau harus tampil membetulkannya, bukan mengambil kesempatan.
Ini bukan kes cari salah siapa.
Tetapi kita harus bergandingan sesama kita.
Banteras bisikan syaitonirojim.
Perkukuhkan benteng pertahanan Iman kita.
Ayuh, Bangkitlah semua. Jangan terbuai lagi.
Bangun dari diulit mimpi indah yang seketika itu, kita akan terjaga sebentar lagi dan realitinya berbeza! Realitinya pasti ibarat mimpi ngeri andai kita masih leka.
Tolonglah, penghuni neraka sudah ramai dari kalangan perempuan.
Tidak kasihankah?
Ayuh Adam ayuh...
Mari sama-sama menuju ke syurga
Pimpinlah kami Hawa :)
RENUNGAN BERSAMA
Allah tlh menunjukkan trlalu bnyk kasih sayangNya pdmu.Dia memberimu rezeki, kejayaan,kesenangan&Dia mmberimu keampunan.Namun apabila sampai saatnya dugaan turun padamu,kamu mudah saja putus asa padaNYA,sedangkan dugaan itu untk mnguji keimananMu pdnya agar dirimu semakin dekat padaNya..Ayuh muhasabah dri,sejauh manakah cinta kita kpd Allah!!!
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian...
Alhamdulillah... ku panjat kesyukuran pada Ilahi, masih dapatku jelajahi keindahan alam ini dengan penuh senyuman dibibir.. berkongsi suka duka dalam kehidupan yang kadang kala ada kemanisan dan kepahitan yang terpaksa ditelan...
Hayati dan hargailah nikmat kehidupan ini seakan-akan kita akan mengadap Ilahi pada bila2 masa saja.Jadilah hambaNYa yg sering bersyukur dgn sentiasa melakukan amal kebajikan dan menjauhi larangan Nya....
Wednesday, July 3, 2013
Andai ini sujudku yang terakhir padaMu..
Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum ^_^
Agak beremosi sikit masa entri ini..ntah mengapa tetiba hati rasa tidak tenteram,seolah-olah dah berdosa sangat,bersalah sangat2 pada Allah swt ...macam nak terus sujud jer mintak ampun dariNYA...
Andai ini sujudku yang terakhir padaMu.. Berkenanlah Dikau terimalah taubatku ;(
Ya Allah Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..
Ya Rabbi Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini,.,.
Namun basah ladang hati yang gersang..
Ya Rahman Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...
Ya Mujib..Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku,Agar ia mampu membesar dengan baik.
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..Kan ku teguh menatang srikandi ummah..
Ya Rahim Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu
Ya Allah..Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..
Ya Malik..aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku,.,
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku ktika diri ini masih berlumuran
noda..Kasihanilah daku,
Ya Allah Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..
Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku,
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi,.
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta,
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan mu ya Allah
Dan kepada-mu jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin..
Ntah kenapa hati ini begitu terpanggil untuk kembali mengadapNYA...mungkinkah aku telah terpanggil...???Kalau itu benar suratan takdir ajalku telah pun tiba ,Tuhanku...tolonglah berikan aku sedikit lagi waktu untukku bertaubat padaMU,jika ini adalah hari-hari terakhirku...berikanlah aku kesempatan memohon ampun pada suamiku , ampunkan aku jikalau selama ini aku tidak mentaatimu dengan sepenuh hatiku, aku tidak sempurna sebagai isterimu ,pada ibu dan ayahku....sungguh aku berdosa pada mereka...yang sentiasa menyumbangkan bonus dosa2 ku kepada mereka....
Betapa aku merindui mereka.....betapa kasih aku pada ibu...pada ayah..maafkan diri ini kerana tidak mampu menjadi anak yang baik tapi aku tetap berusaha untuk tidak mebebankan...:(
Ya Allah....ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah...Aku malu Ya Allah..aku terlalu hina,diriku terlalu kotor..aku telah banyak berdosa kepadaMu...ampunkanlah aku ya Allah..aku takut dengan azabMu..
surah al-Ankabuut [26] ayat 64:
ÙˆَÙ…َا Ù‡َذِÙ‡ِ الْØَÙŠَاةُ الدُّÙ†ْÙŠَا Ø¥ِÙ„َّا Ù„َÙ‡ْÙˆٌ ÙˆَÙ„َعِبٌ ÙˆَØ¥ِÙ†َّ الدَّارَ الْآخِرَØ©َ Ù„َÙ‡ِÙŠَ الْØَÙŠَÙˆَانُ Ù„َÙˆْ Ùƒَانُوا ÙŠَعْÙ„َÙ…ُونَ
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan
sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (QS, 29:64)
Sekiranya ditakdirkan tamat setakat itu riwayat aku, aku harap catatanku ini terus di baca oleh mereka yang benar2 ingin mengenali dan memahami diri ku.
Yang ku harapkan hanya lah doa dan bacaan al fatihah untuk diri ku mengiringi aku ke sana.... . dan aku serahkan setiap urusan aku pada sang pencipta ku.
Ya Allah, berikanlah perlindungan dunia dan akhirat kepada kedua orang tuaku..kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani sejak dari aku kecil..berikanlah keampunan kepada dosa2 mereka dan janganlah Engkau siksa mereka kerana dosa2 yang aku lakukan Ya Allah..dan demi sahabat,berikan kebahagian kepada mereka sesungguhnya hanya pada kamu kami meminta dan dari MU aku datang dan kepada MU jugak aku kembali..:(

INSYAALLAH
Insya-Allah
Aku masih seperti...
Semalam...
Bersyukur padaNYA kerana masih diberi peluang
Untuk bernafas di bumi ciptaanNya
Masih mampu ku tampilkan
Peribadi insan yang berilmiah
Dan menghambakan diri kepadaNya…
Aku redha dengan apa yang telah tersurat
Di dalam perjalanan hidup ini…
Ternyata aku hanya insan kerdil yang hanya mampu berusaha
Bertawakal dan berdoa agar hidup ini
diberi hidayah dan pedoman..
Jika ini jalan terbaik bagi ku
Akan ku terangi dengan cahaya ketabahan
Walau apa pun rintangan, aku tetap berdiri teguh
Semua ini adalah satu permulaan dalam kehidupan
Moga terus diberi petunjuk dikala kebuntuan…
Sesungguhnya ujian yang datang itu
Mengukuhkan lagi keimanan
Dan menguatkan pendirianku….
Moga Rindu Sampai Ke Surga
Rindu-rindulah 'pintu yang satu' akan buat dirimu rindu pada Tuhan Yang Satu.
Sudah berapa lamakah kau lalai begini? Apa yang buat dirimu lalai? Manusia, masalah hati, kerja, duit, internet, gajet? Sudah-sudahlah. Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini? Usah 'mabuk' lagi.
Sampai bila hendak bertuhankan nafsu?
Masa dah kurang. Tidak ada siapa pun antara kita yang makin bertambah masanya. Meski dipanjangkan umur, namun waktu tetap berkurang.
Pulanglah. Ketika sejuta pintu kembali masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai orang di sekelilingmu, malaikat di langit dan bumi membuka pintu yang satu itu untukmu ~pintu kubur.
Semua orang akan melalui pintu yang satu itu. Bezanya, yang pandang sebelah mata pada sejuta pintu akan melalui pintu yang satu itu ke dalam bilik gelap pekat. Sedang yang pernah menghargai, langkah sahaja ke pintu yang satu itu, bilik yang terang benderang sedang menanti.
Dalam UJIAN ada penghapusan dosa, ada AMARAN supaya tidak leka, ada TAWARAN utk mendapat pahala dgn cara bersabar, ada PELUANG utk mengingat nikmat & ada HARAPAN utk mendapat ganjaran. Sesungguhnya Allah & qada-Nya semuanya adalah baik... ...? Bila kita melihat ujian itu sebagai jalan untuk mendapat keampunan ALLAH, maka hati akan menjadi tenang dan akan lahirlah pengertian segala kesusahan itu sebagai bunga cinta dari ALLAH ?... Subhanallah! Indahnya cinta-Mu..

Tuesday, July 2, 2013
BIDADARA BAGI WANITA SYURGA???
Ketika Allah menyebutkan segala keindahan dan kesenangan yang ada di syurga baik berupa makanan, pemandangan yang indah, tempat tinggal, maupun pakaian, maka hal itu berlaku umum bagi lelaki mahupun wanita. Semuanya mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut.
Hanya saja Allah menyebutkan kenikmatan bagi kaum lelaki dan memberikan umpan syurga bahawa di dalamnya ada hurul ‘iin (bidadari yang bermata jeli). Namun Allah tidak menyebutkan bagaimana halnya dengan wanita. Tidak disebutkan secara spesifik, apakah wanita di syurga nanti akan mendapatkan bidadara atau tidak. Dalil-dalil tidak menyebutkan secara spesifik tentang setampan apakah suami mereka di syurga. Tidak sebagaimana butiran tentang bidadari yang disediakan bagi kaum laki-laki yang masuk syurga. Mungkin banyak di antara kaum wanita yang bertanya-tanya, mengapa yer?
Monday, July 1, 2013
SENTUHANMU IBU
Dengan Nama Allah Ar Rahman Ar RAhim...
Memiliki kesempatan menjadi ibu adalah anugerah.
Ibu yang diharapkan memiliki sentuhan tangan agar mampu merubah nilai jiwa yang lemah menjadi kuat merubah sifat buruk menjadi baik, mengubah hati yang keras menjadi lembut. Semua ibu dengan sentuhan emasnya dinanti kehadirannya untuk dapat menciptakan peradaban yang lebih baik di dunia ini.Sentuhan ini hadir dalam dalam setiap ruh para ibu melalui proses panjang ketika menjalani latihan mental yang mengorban tenaga, waktu, dan kos yang tidak murah. Namun kecintaan dan fitrah keibuan membuat semua peranan sebagai ibu menjadi sesuatu yang indah dan berkah.
Berbahagialah wahai para wanita yang mendapatkan gelar sebagai ibu, mama,emak, umi, mother atau panggilan apapun yang melekat dalam diri mereka yang menandakan status mereka . “Most of all the other beautiful things in life come by twos and threes, by dozens and hundreds. Plenty of roses, stars, sunsets, rainbows, brothers and sisters,aunts and cousins, comrades and friends – but only one mother in the whole world “ -Kate Douglas Wiggin- . Milikilah semangat menjadi ibu dengan berbagai pesonanya akan dapat menebarkan dan menyemaikan benih-benih kebaikan.
Seorang anak yang lahir dalam keadaaan fitrah, ibaratkan lembaran putih yang suci dan kosong maka tugas orang tua khususnya ibu yang berperanan penting dalam mencorakkan berbagai pengalaman positif sehingga kertas putih tadi menjadi sebuah buku hidup yang akan bermanfaat bagi dunia ini.
Abadi Di Hati -Tak Perlu DiUcapkan
Tak perlu diucapkan
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama
Tak perlu lagilah nak ucapkan.... because I DO!
Tak perlu ucapan itu...
Tak perlulah nak confirmation lagi... I'm very sure ... pun dapat rasa dan tahu.
Cinta tidak perlu diucapkan, tetapi ia perlu dirasa dan dipamerkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)