Saturday, September 21, 2013

Peringatan Untuk Diriku Yang sering Lupa

Setelah sekian lama kita mengecap nikmat kurniaan Ilahi di dunia ini, ayuhlah kita menghitung sejauh mana kita sudah mensyukuri nikmat yangtelah disirami ke atas kita oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang. Ayuhlah kita menghisab diri kita,mudah-mudahan kita sedar sejauh mana kita telah mentaati titah perintah-NYA :

1. Ketika kita sembahyang, zahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa kepada Allah, tetapi hati dan ingatan kita dimana ? Adakah juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadduk serta rasa rendah diri dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah SWT ? Ataukah hati kita terbangmenerawang ke merata tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Perkasa ?

2. Pernahkah kita merasa indah dapat bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada-Nya, merasarendah diri dan hina, menyesali dosa dan kelalaian, mengingati-Nya sambil berazam untuk memperbanyakkan amal bakti pada-Nya ?

3. Kalau ada orang Islam yang sakit dan menderita atau miskin, adakah hati kita rasa belas kasihan untuk membantu atau tolong mendoakan dari jauh agar kehidupan mereka diselubungi sifat sabar dan redha ?

4. Pernahkah pula kita menghitung dosa-dosa dan kemungkaran yang pernah kita lakukan sambil menangis kerana taubat kita terlalu sedikitberbanding dosa kita yang menggunung tinggi yang menjadi asbab kitamenjadi bahan bakaran api neraka ?

5. Selalukah hati kita sentiasa ingat pada mati yang boleh mendatangi kita bila-bila masa ? Seandainya kita dijemput kembali ke pangkuan Allah dalam keadaan berlumuran dengan dosa alangkah malangnya nasib kita.

6. Ketika kita menerima rezki atau taqdir yang tidak seperti kita idamkan, dapatkah hati kita rasa sabar dan redha serta syukur keranan ketentuan Allah telah mengatasi kehendak kita sebagai tanda Maha Berkuasanya Allah dan maha lemahnya kita ?

7. Di waktu mendapat nikmat, terasakah hati kita bahawa nikmat itu merupakan pemberian dan pinjaman Allah untuk kita syukuri ? Atau apakahnikmat tersebut kita gunakan untuk menunjuk-nunjuk, berlaku ujub dan riyak kepada makhluk Allah yang kurang bernasib baik ?

8. Seandainya kita miskin dapatkah kita rasa bahagia dengan kemiskinan dan rasa lapang kerana diakhirat nanti Rasulullah SAW akan dibangkitkanbersama-sama orang yang miskin ?

9. Kalau ada orang yang mencerca kita, mampukah hati kita berlaku tenang tanpa susah dan sakit hati, serta menganggap cercaan itu sebagai kifarahdosa untuk kita jadikan cermin buat memperbaiki diri kita menuju ke negara yang kekal abadi ?

10. Di kala kita menganiaya seseorang dan berlaku salah dengan manusia yang lain, datangkah rasa takut akan kemurkaan Allah pada kita dansanggupkah kita menyusun sepuluh jari untuk memohon keampunan maaf sambil mengaku kesalahan kita ?

11. Allah anugerahkan deria penglihatan kepada kita, apakah kita gunakannya untuk melinangkan air mata di atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan dengan penuh rasa kesal atau apakah kita gunakannya untuk melihatperkara-perkara yang dilarang oleh Allah ?

Oleh marilah sama-sama kita renungi ke dalam diri kita, apakah kita peka kepada titah perintah Allah atau sebaliknya ? Jadikanlah setiap peristiwa dan perbuatan yang berlaku sebagai cermin untuk menyuluh kesilapan dan keburukan diri sendiri agar mudah untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.

Jauhkan Rindu ini

Jauhkan Rindu ini

Jika rindu yang ini bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu?,
Cinta yang kekal dan abadi.

jujur....aku RINDU KAMU.........^_^

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu….^_^..

Allah berSaMeku dLm tiap DeTik DaN waktU....

Monday, September 16, 2013

Bila aku jatuh cinta

Assalammualaikum
Semoga diri kita dilindungi Allah...
Alhamdullilah hari ni dengan izinnya berkesempatan untuk update entry terbaru ^^.. hari nie tetiba rajin nak taip entry pasal CINTA..bila aku jatuh cinta...hari2 kita jatuh cinta..CINTA bukan hanya kepada insan semata - mata..
Cinta cukup besar maknanya bagi mereka yang memahami dan menghargai cinta..Mari menghargai diri dan bercinta dengan diri sendiri.. Bagaimana ya mencintai diri sendiri?

:: Mencintai diri sendiri dengan bertakwa kepada Sang Pencipta..Mudahkan? amal makruf nahi mungkar...

:: Mencintai diri sendiri dengan menghargai insan - insan di sekililing kita..sama ada mereka menyakitkan kita atau sebaliknya..

:: Mencintai diri sendiri dengan menjaga peribadi,akhlak dan maruah kita sebagai umah...

banyak benda yang membolehkan kita mencintai diri sendiri...kita di anugerahkan akal fikiran dan gunakalah akal kita sebaik yang mungkin.jangan berpaksi kan nafsu semata-mata..

Hari nie nak share satu cerita pasal jatuh cinta...wahai hati betapa mudahnya kau jatuh cinta..HUHU...kalau kat kedai ada jual baju kalis cinta rasa nak beli byk2..nak pelihara diri dari cinta dunia..cinta yang belum tentu dimiliki...nak beli baju kalis cinta dan hanya sorang je bleh tembus baju tersebut iaitu bakal imam ku..wow..ada ker?ahaks!!!

Hati tiba2 jatuh cinta dengan seseorang..wow...tapi Alhamdullilah masih mampu untuk mengawal dari terus meroyan! Cinta itu indah bagi mereka yang menghargainya..Cinta itu tidak haram kerana perasan cinta diberi Allah sebagai anugerah yang istimewa..Alhamdullilah jika rasa cinta tidak merosakkan hubungan dengan sang pencipta..Cinta ini biar diantara hati hamba dan Dia...Semoga Senantiasa terpelihara dari godaan duniawi..

 Ya Allah jika dia sudah tertulis buat hamba mu Engkau permudahkan lah..Senangkan...Beri kekuatan kepada hamba dalam hijad perasaan..^^ BILA AKU JATUH CINTA!!!

Cinta yang lahir ini datang tiba2..bukan bersandarkan nafsu semata2..kerana dia membuka mata..untuk AKU belajar memaafkan orang - orang disekililing ku..Kerana dia seorang sahabat...kerana dia yang baru ku kenali tapi macam bertahun di dalam hati..kerana dia yang berjaya mencuri hati ini selepas disakiti dan kerana dia..dia dia...dan kerana Allah melahirkan perasaan ini.Alhamdullilah AKU  belajar untuk menghargai cinta...Kerana cinta dalam diam itu indah dan aku terpelihara dari godaan syaiton nir rojim..Jika jodoh itu tertulis buatku IN SHAA ALLAH dengan izin nya cinta bersatu bak kata Liyana Jasmay..love2...

Buat renungan bersama belajar la untuk mencintai dengan ikhlas..cinta memang untuk di balas...tapi andai kata cinta itu lahir dengan hati nurani yang ikhlas semoga Allah memberi petunjuk kepada kita..Cinta lah Sang pencipta kerana PASTI kita tidak akan hampa..UNTUK MUSLIMAH BELAJAR LAH MENCINTAI DIRI SENDIRI NESCAYA ALLAH AKAN MENCINTAI MU BERGANDA2..dan PELIHARA LA DIRI MU..AMIN YA RABB..^^

Saturday, September 14, 2013

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi

Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?

3. Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.

Jaga diri, hiasi peribadi....

Tuesday, September 3, 2013

HATIKU SAKIT KERANA RINDU

Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar menitik-nitik manik putih.
Kadang-kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?
Kadang-kadang aku memicit-micit punat handset, mencari nombor yang ghaib secara tiba-tiba.

Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku rindu tidak terucap. Rinduku hanya mampu berteriak di ruang atmosfera

sekeping hati.
Rindu yang telah terhijab meskipun dengan kecanggihan teknologi yang luar biasa.

Aku bukan orang yang kuat!!!

Apatah lagi mempunyai hati sekuat batu. Aku juga insan lemah. Punya perasaan. Punya jiwa

dan naluri keperempuanan. Rasa itu adalah yang teramat mendalam. Rindu buat hati aku

sakit. Rindu buat fizikal ku derita. Rindu buat aku seakan "angau".

Bisakah aku khabarkan kepadanya?

Wahai angin lalu, sudikah kau menolong aku? Khabarkanlah rinduku kepadanya. Bisikkanlah

rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh tubuhnya.

Tahukah?

Hati ini telah menyimpan perasaan rindu yang sarat. Ya, mungkin bumi beredar mengelilingi

matahari dan bulan ber"tawaf" di sekeliling bumi. Beredarnya siang di ganti dengan malam.

Perubahan itu sama sekali tidak merubah rasa rindu ini.

Oh!

Mengapakah mereka kata rindu adalah perkataan jiwang semata?
Mengapakah skeptikalnya rindu untuk bercanda?
Mengapakah rindu itu satu seksaan batin?
Mengapakah ke"innocent"an aku dicabar digoncang dengan ribut taufan rindu?

Tahukah?

Ku pendam pendam perasaan ini. Ku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. Ku tutup rapat

lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran rasa asing itu.

Saban detik, peredaran darahku meracau dan berderau. Si jantung pula berdentam dentum

mengepam darah oksigen ke otak. Signal yang diterima ditafsir sebagai keracunan. Badan

tidak mampu bertindakbalas maka diserahkan kepada hati untuk proses dinyahtoksin.

Tapi hati tidak mampu menolak. Racun itu sudah merebak sehingga membisa ke tulang sumsum.

Racun apakah ini? Asing sungguh perasaan rindu bagai racun yang disengat oleh sekeping

hati.

Maniskah menanggung beban rindu?
atau terseksakah?
Untuk apakah?

Aku tidak bersedia. Kenapa aku yang harus bertarung?
Aku ada komitmen. Kenapa aku perlu tanggung semua ini?
Aku bukan orangnya. Kenapa seperti aku sahaja yang "syok" sendiri?

Mungkin sedikit kufahami bahasa sarat yang kelmarin belum sempat terungkap. Kenangan

terindah, mana mungkin tidak membuahkan getaran rindu.

Semua ada saatnya kita bersama. Baik dan buruk penyempurna warna kehidupan fana'.  Kau

ajar aku mengeja dan menikmati betapa indahnya musim semi di luar sana. Kau ajar aku

ber"tasbih" bersama denyut nadi beriramakan kasih dan sayang.

Walau aku jauh.
Walau aku seorang.
Walau aku sepi.
Walau aku menangis.
Walau aku sayu.

Hati ini tetap remuk diamuk rindu kenangan lalu. Hakikatnya bahawa aku kalah. Aku keraskan

hati ingin lupakan semua itu tapi nilai kesabaran tidak seutuh yang disangkakan. Krisis

identiti bertambah kronik tatkala memikirkan betapa hinanya aku. Jijiknya aku yang

berdosa. Keegoan aku tidak kenal rasa rendah diri.

Layakkah aku punya rasa rindu?
Layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?
Layakkah aku mengulang skrip sama dengan citarasa yang bahagia?

Atau perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?

Semua itu dilema yang tidak boleh dicabut dengan sewenangnya dari hati yang punya

pemikiran kompleks, si empunya bernama

P.E.R.E.M.P.U.A.N

Akukah?